Islam yang dianuti oleh saya dan seluruh umat Islam pada hari ini adalah satu nikmat yang amat bernilai yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Pada dasarnya, Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi-nabi dan rasul-rasul yang terdahulu. Rasulullah S.A.W pula adalah penutup sekalian rasul dan nabi yang juga merupakan rasul yang melengkapkan ajaran Allah iaitu agama Islam.
Islam dapat didefinasikan melalui pelbagai cara dan kaedah. Yang pertama melalui menjawab 3 persoalan iaitu:
Dari manakah kita datang?
Apakah tujuan kita diciptakan?
Ke manakah kita akan pergi?
Kita datang daripada Allah S.W.T semata-mata untuk beribadat kepadaNya dan kita perlu sedar bahawa kita akan kembaali kepada Allah pada suatu masa yang tidak kita ketahui tetapi telah ditetapkan oleh Allah. Inilah yang dapat ditakrifkan oleh Islam.
Seterusnya, Islam juga adalah Ad-Din yang membawa maksud agama yang meliputi cara hidup manusia. Islam is a way of life yang bertunjang kepada hubungan dengan Allah dan hubungan sesame manusia. Hubungan dengan Allah berteraskan amal ibadat seperti solat 5 waktu, puasa, zakat, qiamulail dan sebagainya. Manakala hubungan sesama manusia pula meliputi aspek kehidupan seperti akhlak, munakahat, muamalat, politik, ekonomi, undang-undang dan sebagainya.
Sahabat-sahabat yang saya kasihi,
Islam adalah agama yang lengkap, suci dan benar disisi Allah S.W.T. Antara ciri-ciri Islam ialah:
*Al-Kamal- kesempurnaan
*Syumul- lengkap
*Al-Yuss- mudah
*Realiti praktikal
*Teori yang unggul.
Pada hari ini, kebanyakan umat Islam menganggap Islam itu hanyalah merujuk kepada Rukun Islam yang lima semata-mata. Fahaman ini adalah sama sekali tidak benar kerana Islam itu tertegak atas Rukun Islam. Saya igin membawa satu analogi yang dapat menerangkan lagi apa itu Islam. Islam itu ibarat sebuah rumah. Rukun Islam pula adalah tiang bagi rumah tersebut. Tiang sahaja belum cukup untuk menjadikan sebuah rumah. Oleh itu, lantai, dinding, tingkap, pintu, atap, dan segala keperluan lain perlu ada untuk melengkapkan rumah tersebut. Dalam konteks Islam, keperluan lain itu meliputi akhlak, ekonomi, politik, sosial, muamalat, munakahat, undang-undang dan sebagainya. Jadi, saya amat berharap dapat membetulkan persepsi rakan-rakan terhadap Islam… to be continued..
GADGET REVIEW: WIRELESS EARBUDS BACKBEAT GO 2
12 years ago
