Sunday, May 10, 2009

Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam??

Islam yang dianuti oleh saya dan seluruh umat Islam pada hari ini adalah satu nikmat yang amat bernilai yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Pada dasarnya, Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi-nabi dan rasul-rasul yang terdahulu. Rasulullah S.A.W pula adalah penutup sekalian rasul dan nabi yang juga merupakan rasul yang melengkapkan ajaran Allah iaitu agama Islam.

Islam dapat didefinasikan melalui pelbagai cara dan kaedah. Yang pertama melalui menjawab 3 persoalan iaitu:
Dari manakah kita datang?
Apakah tujuan kita diciptakan?
Ke manakah kita akan pergi?


Kita datang daripada Allah S.W.T semata-mata untuk beribadat kepadaNya dan kita perlu sedar bahawa kita akan kembaali kepada Allah pada suatu masa yang tidak kita ketahui tetapi telah ditetapkan oleh Allah. Inilah yang dapat ditakrifkan oleh Islam.
Seterusnya, Islam juga adalah Ad-Din yang membawa maksud agama yang meliputi cara hidup manusia. Islam is a way of life yang bertunjang kepada hubungan dengan Allah dan hubungan sesame manusia. Hubungan dengan Allah berteraskan amal ibadat seperti solat 5 waktu, puasa, zakat, qiamulail dan sebagainya. Manakala hubungan sesama manusia pula meliputi aspek kehidupan seperti akhlak, munakahat, muamalat, politik, ekonomi, undang-undang dan sebagainya.


Sahabat-sahabat yang saya kasihi,
Islam adalah agama yang lengkap, suci dan benar disisi Allah S.W.T. Antara ciri-ciri Islam ialah:
*Al-Kamal- kesempurnaan
*Syumul- lengkap
*Al-Yuss- mudah
*Realiti praktikal
*Teori yang unggul.


Pada hari ini, kebanyakan umat Islam menganggap Islam itu hanyalah merujuk kepada Rukun Islam yang lima semata-mata. Fahaman ini adalah sama sekali tidak benar kerana Islam itu tertegak atas Rukun Islam. Saya igin membawa satu analogi yang dapat menerangkan lagi apa itu Islam. Islam itu ibarat sebuah rumah. Rukun Islam pula adalah tiang bagi rumah tersebut. Tiang sahaja belum cukup untuk menjadikan sebuah rumah. Oleh itu, lantai, dinding, tingkap, pintu, atap, dan segala keperluan lain perlu ada untuk melengkapkan rumah tersebut. Dalam konteks Islam, keperluan lain itu meliputi akhlak, ekonomi, politik, sosial, muamalat, munakahat, undang-undang dan sebagainya. Jadi, saya amat berharap dapat membetulkan persepsi rakan-rakan terhadap Islam… to be continued..

Thursday, May 7, 2009

hari anugerah cemerlang..(hac)

hari ni, my former school, sm sains dungun mengadakan hari anugerah cemerlang..
kalau kat skolah, bdk2 panggil event ni as HAC..
nak dijadikan cite, aku ni salah sorang yg bertuah la dpt hadir ke mjlis 2.. tp aku rse x betuah sgt pon sbb majlis td x meriah lgsung.. no komen.. anyway,aku hepi gok coz dpt jupe kwn2.. lps ni mmg ssh gler nk jumpe diorg.. masing2 dah ad haluan sndri 9t. td aku dpt jupe kwn2 laki je yg rmai.. ke mne pupusny kaum hawa batch aku..?? huhuhuh.. congrate 2 amzar n azhar coz dpt anugerah pelajar terbaik td.. lastly, tenz 2 all teachers of smsd atas sgle usaha n pengorbanan cikgu2..

first n foremost...

diz is m first time to have a blog..
anyway, tenz to mr. faisal pouzi 4 helping me to build up diz blog..